Wednesday, December 22, 2010

al-kisah di pejabat pendaftaran serta perodua



assalamualaikum....
warghhhh !!!!!!!!!!!
rindu gilak-gilak sama ini belog..eh..bukan bukan..rindu gilak gilak dengan post terbaru dari aku..hari ni kerja half day..mengapa half day?? ouh..thanks la kat kad pengenalan [ ic jek sudehhh..haha ] milik aku yang tersayang..mengapa la dikau buat hal wahai kad pengenalan..dan dan aku nak buat buku bank kasi gaji masuk tuh la kaw nak buat hal..gedik la siot..tekejot gile la hai bile kakak cun dekat Alliance Bank tuh kata ic aku tak boleh baca..huwarghhh...kua jek dari bank dengan air mata meleleh aku bagitau abah [ gembeng gile kaw joyah.sikit nak nangis..haha ]

aku pun tak tahu la apa pasal aku nak meleleh air mata pulak..haha..lepas bagitau kat abah cip ic aku rosak..abah suruh mintak permission dari office nak half day..nasib baik dapat..then terus bergegas pergi Pejabat Pendaftaran [ skema lagi..haha ]

okey..dengan blur blur nya aku pergi kat kaunter then buat muka kesian kat abang macho yang jaga kaunter lalu meluahkan perasaan kat abang tu..haha

" abang,tadi saya nak buat buku bank..lepas tu akak tu cakap ic saya tak boleh detect..macam mana ni bang..cip rosak ke bang? " [ jangan bayangkan aku cakap nada gedik okey..tidak sama sekali..nada sedih ade la..haha ]

haha..ayat spontan + gabra + blur + rabun [ mata berpinar-pinar sebab cuaca panas ] bila kat kaunter..

lepas tu abang tu boleh pulak sengih-sengih..mesti dia gelakkan aku gabra semacam..cisss !!
malu aku la..haha..then abag tuh cakap :

" jangan la nangis dik..amik nombor dulu lepas tu duduk eh.."

chait ! aku dengan muka blur lagi aku cepat-cepat tekan nombor then duduk..tak sampai lima minit..

ting ! tong ! 1689 kaunter 3...

dengan laju nya aku bangun then terus pergi kaunter..eh ! apsal ada orang lagi ni..aku tengok nombor kaunter..ade nombor 3..sekali ada mamat kat belakang aku swit swit..aku ingat nak usha aku ke ape..sekali die cakap ni la :

" awak..kaunter 3 kat seblah sana la.. " sambil tersenyum-senyum comel..

OMG ! apa la nak jadi dengan aku ni..kabut semacam..baru cip ic rosak kot..kalau anak aku ilang kang tak tau la gamaknya aku nanti..haha..[ takde kaitan ]

then dengan pantasnya aku pergi kat kauter 3 yang sebenar..haha..abang lagi sorang yang jaga kat kaunter 3 tu tanya :

" ye dik..ada apa-apa masalah? " abang ni pun handsome jugak [ tak habis-habis nak gatal..haha ]

lalu aku menceritakan benda yang sama dengan abang ni..tapi bukan dalam keadaan cuak lagi..sambil gelak-gelak aku cakap..miahahaha :D
after dia check ic aku then dia bagitau memang cip ic aku rosak..lepas tu dia amik cap jari kanan kiri..then tiba-tiba dia suruh aku duduk kat kerusi belakang aku..

dengan blur nya aku tanya lagi :

" nak kena amik gambar lagi ke bang? " [ okey ! aku blur lagi nampaknya..]

" mestilah dik.." abang tuh jawap sambil gelak-gelak..okey..dah 2 orang abang-abang ensem dah aku memalukan diri aku depan diorang..haih !

aduiiii la..dengan baju kerja aku..dengan tag staff yang aku pakai..dengan muka berpeluh-peluh berminyak aku senyum jugak depan kamera...weyyy..aku redha dengan muka aku dekat ic baru aku nanti..huhu

lepas tangkap gambar semua abang tu boleh pulak bergurau dengan aku..

" mintak upah RM10 tangkap gambar cute adik tu.." chait !! perli ape?

aku dengan lembab serta blur terdiam kejap...tersengih sikit..agaknya dia kesian tengok muka blur aku dia terus cakap :

" abang gurau je la dik..buat baru untuk ic rosak kena cas RM10.."

" oohhhh..." dengan pantas aku keluarkan duit dari purse then bagi kat abang tu..lepas dia bagi aku ic sementara je aku cakap ' Terima Kasih ' then terus blahhhh...

amboi bang..tau la orang tak ramai time tuh..sempat lagi nak ajak bergurau ye..



lepas pergi buat ic baru..abah tiba-tiba bawak pergi Perodua..erk..abah ni serius ke? ikut jek la abah masuk..actually pagi tadi abah dah mintak IC ngan lesen aku..dia nak photostat..then masuk dalam perodua tu aku tak duduk ngan abah..aku dok sebok tengok MYVI LE yang dok mike tayang dekat lobi...huwarghhhhh...bila kah dikau mahu jadi milikku wahai MYVI LE...

tengah syok-syok tengok ' kekasih ' aku tu..abah panggil..abah tanya..

" angah nak warna hitam ke pearl jade? abah nak suruh dia booking dulu.. "

" hah?? " okey..blur lagi dan lagi...

abah setia tunggu aku yang tengah blur tuh..haha..kesian pulak kat abah..lalu dengan pantas aku cakap kat abah..

" hitam lah.."

erk..tak sangka abah nak beli cepat gila..haha..
anyway abah cakap tak confirm lagi sebab tunggu jawapan dari bank..lulus or tak..huuuu...mintak-mintak lulus la...boleh merempit..muahahaha...
eh eh..niat dah salah la kan...okey okey..tak tak..aku pun bukan reti nak merempit-rempit dengan kereta atas jalan raya ni..aku akan jadi pemandu yang berhemah..lalalallaa ~



eh! eh! lupa pulak..tadi dalam pada blurr bengong aku tu,sempat lagi mulut aku tanya soalan agak sengal kat abang tu..

" bang..cip ic ni memang mudah rosak ke bang? ic saya elok jek kat dalam purse..tak pernah masuk air,tak pernah kena air Old Town White Coffee [ tak masal.. ].."

abang tu tersengih lagi..isk..abang ni murah dengan senyuman la..hehe..
dan ini lah jawapan abang tu..ntah betul ke tak aku dengan naifnya percaya..haha

" magnet dekat ic tu sensitif dik..adik ada tak campurkan ic ngan kad bank? "

" campur la bang..letak dalam satu purse murah ni [ sambil tayang purse buruk aku ]..tak bole eh bang? "

" cip ic ni tak boleh bergesel ngan cip kad bank dik..sensitif sikit magnet dekat cip ic ni.."

okey..ada logik jugak jawapan abang tu..walaupun aku tak berapa nak pasti reason dia bagi tu betul ke tak..haha..

okey kawan-kawan blogger ku sekalian..bagi yang dah tau..sila duduk diam-diam ye..bagi yang tak tau..meh-meh akak joyah nak menyeru anda-anda supaya meletakkan kad pengenalan masing-masing di tempat yang selamat..


passport holder..pon boleh..janji ic korang duduk sorang-sorang kat situ..muahaha
:D


ni pulak aku dah dapat dah masa buat ic umur 12 tahun..tapi disebabkan sejak-sejak dah pandai melawa dulu..aku dah pandai pakai purse cantik-cantik..aku keluarkan ic aku dari ic holder ni..now ni lah akibatnya..haha



tak pun korang beli kad holder..boleh letak kad bank korang yang melambak-lambak tu..macam aku la..macam-macam kad bank aku ada..tapi dalam bank..nan adoo !! haha


bagi yang nak letak dalam purse..better letak asing-asing ye..jangan bagi ic korang bercium-cium dengan kad bank korang..muahaha
:D

tu dia..bagi korang yang dok sebok cakap cam ni :

" ekeleh...aku punye ic dah masuk mesin basuh lapanpuluhlapan kali takde mende ponnn.."

haha..jangan berlagak eh...jangan nanti bila time penting-penting ic korang wat hal..padan muke !!! haha

eh...panjang pulak entry kali ni...lepas gian la kot lama tak tulis entry baru...hari ni boleh la..sebab half day..esok-esok..berlapuk lagi !!! nice....


p/s : sedih gila tengok analytic blog kat nuffnang..gile ciputtt...

p/s lagi : kalau perasan entry kali ni almost semua perkataan aku kasi eja penuh..ayat pun ada skema sikit..sebabnya..sepanjang aku blogwalking..aku banyak terbaca entry tentang anonymous yang tersangat rajin dok mengutuk blogger-blogger yang suka guna bahasa campur..bahasa rojak..bahasa sms..tapi ade aku kesah dengan anoying mouse semua ni??? blog aku,suka hati aku la [ ayat skema blogger-blogger ]...tapi rasa bukan macam diri aku la nak tulis skema macam ni ^_^

4 comments:

aliza zeke said...

wah..
nanti dah ada keta leh bawak aku jejaln.ngeh3

Nisha Ramlan said...

@aliza
haha..
buleh...
mai la bp eh
:)

TipahSwift ^_^ said...

wahhhhhhhh jeles nyer sye.. awk da ade keta sy ade ape??

Nisha Ramlan said...

@TipahSwift ^_^
awak ade banyak duit..
tak lama lagi nak kawen..
saye jeles...
:(