Monday, July 18, 2011

al-kisah di McDonald's

semalam sekali lagi keluar berpacaran sama itu budak 'double B'..almaklumlah..sejak-sejak dah dekat ni keje nak jumpa je..kang bosan baru padan muka hang..haha..

konon-konon nak jalan-jalan jek la..amik angin je..tak mau keluarkan duit satu sen pun...tapi hampeh ! boleh pulak aku keluar tanpa mengeluarkan duit..

sekali hamikk kaw..berjaya beli satu tudung syria..borong brooch *utk raya*..beli spek skema *benda tak berfaedah*..and paling tak leh blah..aku termakan GCB hoiii...hampeh ! tapi tak pe la..tak elok nak menyesal dengan benda dah lepas..

oh ye..ada kisah semasa di McDonald's semalam..kisah pertama aku kena lecturer ngan 'double B'..dia ni kalau jumpa aku memang keje nak membebel macam mak nenek..tapi takpe..apa yang dia bebelkan tuh berguna jugak untuk aku..tengah dok pung pang pung pang membebel..

datang la sorang makcik ni..aku tak tau la nak panggil manusia ni apa kan..dressing up wey..gincu merah..kasut converse kaler hijau..pakai snow cap..baju bunga-bunga..pakai spek mata hitam..tapi alamak aiii..muka dah berkedut..pas tu baju singkat..habis tersembul perut buncit beliau..okey..dah layak panggil nenek la pada aku..

aku bukan nak kurang aja dengan orang tua..aku tak kedekut nak bagi sedekah..tapi bila aku tengok cara dia..ntah la..payah aku nak keluarkan duit walau limaposen pun..annoying gila nenek tu..datang-datang meja kami terus cakap..


"dik..mintak seringgit dik.."    [ bukan nada sedih ye..tapi nada macam korang nak pinjam duit ngan member korang selalu tu ]


okey..time ni aku jahat sikit sebab aku cakap kat 'double B ' jangan layan..tapi si 'double B' ni dah memang orang yang begitu baik hati serta pemurah..beliau bagi la jugak seringgit..aku buat muka gak kat nenek tu..pas tu boleh nenek tu cakap kat aku macam ni :


"tengok dia *merujuk kepada 'double B'* baik bagi aku duit..kaw kafir ke apa tak nak tolong orang..cuba kalau mak bapak kaw macam ni *merujuk kepada keadaan beliau*.."


perghhhh..hamek kaw..sedap je dia cakap aku kafir..lagi la aku menyirap kan..maaf la..kaw dah taw kaw mintak sedekah..perlu ke nak maki orang yang taknak bagi kaw duit? okey fine..maybe nenek ni gila..sebab tu dia jadi macam tu..takpe..aku tak amik pusing dgn kata-kata tu..kesian nenek tu..tapi ntah la..kat situ ramai chinese..aku tetiba rasa malu bila orang Melayu yang macam tu..ermmm..

siapa-siapa yang duduk Batu Pahat aku rasa mesti pernah jumpa dengan nenek ni..nenek ni selalu  merayau-rayau area McDonald's dgn Carrefour..nenek ni dressing memang up gile..striking weyhh..aku tak taw la mana dia dapat dressup cam tu..

kesian jugak aku tengok dia..tapi kalau dia tak gila..takde makna aku nak kesian..



err..semalam jugak datang satu permintaan dari 'double B'..




"nanti lepas kahwin pakai tudung labuh eh.."




errrr...aaaaaa...emmmm... *bunyik cengkerik sat* buat muka blur..pandang tempat lain...then dia perasan aku buat macam tu terus dia cakap..




" nanti yang menanggung dosa nya suami..awak nak saya pikul dosa-dosa awak? "




errrr...maka aku menjawap..




"insyaAllah , sayangg..." beserta senyuman paling manis untuk beliau..errrr ~







* p/s : double B = Botak + Buncit = kekasih hati kesayangan ku ^_^

6 comments:

Aliza Zeke said...

wahhhh..bagusnya bare :)

KiD said...

nenek perut buncit? tak seksi ke?

nadiaz namikaze said...

siyez ke weyh?? serrram aku..huhu..

joyahLisa said...

@Aliza Zeke
hehe..
baguihh anak pacek mohd yassin tu kan..
:)

joyahLisa said...

@KiD
errr...
seksi jadah...
:p

joyahLisa said...

@nadiaz namikaze
siyes weyyy...
ade rezeki kaw gi mekdi k4 tuh kaw jumpa la nenek tu..
dia tak macam org gila..
macam org normal la..
just dressup dia weird gila..
pas tu mintak duit..
heh