Saturday, November 5, 2011

mari kita lihat perbezaan nya

assalamualaikum......


first of all *ewahh speaking kau nyahh* aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua blogger-blogger serta stalker-stalker sekalian..sama-sama la kita mengingati pengorbanan antara satu sama lain dan jadikannya sebagai ikhtibar untuk anda semua..


okey..back to topic..memandangkan aku baru je pulang dari menemani cik abg sayang bergraduasi tempoh hari, maka aku terpanggil untuk membuat  satu post..post untuk berkongsi pendapat dengan anda semua..lepas pulang dari majlis graduasi cik abg sayang..aku terfikirkan sesuatu berkaitan keadaan yang berbeza dari segi pengurusan antara dua jenis institut pengajian..biar aku umpamakan sebagai : 


University Oxford (UO) - tempat pengajian aku
University Of Wales (UOW) - tempat pengajian cik abg sayang

*tak mengagak kau bagi obersi punye university sebagai perumpamaan eh*


oh ya..majlis graduasi kami dijalankan di tempat yang sama iaitu di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya...


mari kita mulakan satu per satu :


PENGURUSAN (major different)

  • UOW tidak menjalani apa-apa raptai untuk para graduan..para graduan hanya datang pada hari mereka bergraduasi..lalu ditempatkan di satu tempat..mereka masuk ke dalam dewan sambil diberi jubah dan memakainya di situ jugak dan seterusnya duduk secara rawak/secara suka hati..nama-nama graduan dibaca mengikut urutan graduan yang masuk ke dalam dewan dimana waktu graduan masuk ke dalam dewan nama mereka terus dicatat..mungkin lebih senang begini..walaupun tiada raptai dijalankan..majlis berjalan dengan lancar dan teratur..ouh ya..saya juga lihat penghuni dewan baik ibu bapa serta graduan..mereka bebas mengambil gambar menggunakan kamera masing-masing..sporting la siot...
  • UO pula memperuntukkan satu hari sebagai hari untuk mengambil jubah serta raptai *kononnya* dan satu hari lagi sebagai hri untuk bergraduasi..namun alangkah kecewanya..hari yang diperuntukkan untuk raptai tersebut seperti sia-sia..mereka hanya menyangkan slide show serta taklimat ringkas..dan semasa majlis graduasi berlangsung graduan tetap juga ada yang kabut semasa berjalan atas pentas..bagi yang sudah bekerja, mereka merasakan seolah2 satu hari mereka sudah membazir untuk menghadiri majlis raptai tersebut..mereka juga duduk mengikut susunan abjad mengikut kolej masing-masing..kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa dalam dewan..kalau nak snap snap pun guna la enpon kamera ye..

PEMBACA NAMA/PENGANTARA 
  • pembaca nama bagi UOW membaca nama dengan begitu jelas dan dalam kedaan sederhana kelajuannya *ala...dia baca nama tak laju-laju la*..nama disebut dengan penuh bertenaga oleh suara gagah dua orang lelaki..semasa majlis penyampaian anugerah graduan terbaik juga berjalan dengan lancar serta jelas..
  • pembaca nama bagi UO merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan..mereka membaca nama graduan agak errr..kejap laju kejap pelan..tiba perempuan yang baca agak slow la suara beliau..then, ada jugak para senat yang mengumumkan nama graduan tergagap2 semasa penyampaian anugerah khas presiden..ini tak sepatutnya terjadi..nampak jelas yang persiapan rapi tidak dijalankan..

JAMUAN/MAKANAN
  • UOW menyediakan sebotol air mineral,sekotak air kotak serta dua plastik roti di dalam goodie bag yang diberi kepada pelajar..maka mereka tak payah risau tekak kering or so what ever bila kat dalam dewan tu..graduan boleh beri goodie bag tersebut kepada ibu bapa masing...
  • UO pula hanya menyediakan goodie beg yang cantik semasa pengambilan jubah..dalam goodie beg tersebut terdapat sekotak tali leher bagi lelaki dan sekotak shawl bagi perempuan..sewaktu majlis graduasi kami tidak dibekalkan dengan apa-apa air minuman apatah lagi makanan untuk mengalas perut..ibu bapa juga tidak dibekalkan dengan air mineral..nasib baik mak den mengambil tindakan bijak membawa bekal air mineral sendiri..ngeh3 :p

LAIN-LAIN
  • UOW juga menjalan kan dua sesi graduasi untuk satu hari..namun tidak berlaku kesesakan yang terlampau sewaktu sesi petang masuk ke dalam dewan..senang cerita sesi pagi ngan petang tak clash la..jumlah graduan yang bergraduasi pada satu hari lebih kurang je dengan UO..
  • UO pulak time sesi petang nak masuk memang clash gile..bersesak-sesak macam semut..hadoyai......

KOS PEMBAYARAN UNTUK GRADUAN
  • UOW hanya mengenakan RM80 untuk setiap graduan termasuklah sewaan jubah,folder sijil serta pembiayaan fotografi..
  • UO mengenakan RM250 untuk jamuan *jamuan VIP sebenarnya..heh !*, sewa dewan serta cenderahati (tali leher/shawl )..dan ditambah lagi RM60 untuk sewa jubah serta fotografi..walauwehhhh...


baiklah..ingin saya nyatakan disini UOW adalah institut pengajian di bawah kerajaan manakala UO adalah sebuah institut pengajian swasta..mungkin patut la UOW membayar RM80 kerana penyewaan dewan ditanggung oleh kerajaan..namu jika difikirkan..graduan UO membayar RM310 adalah lebih dari cukup mungkin untuk menampung kos penyewaan dewan..kau bayangkan la..4000++ graduan yang bayar kau darab dengan RM310..wuhoooo...takkan tak cukup kot nak buat kos at least air mineral untuk setiap ibu bapa..kami sedikit tertanya-tanya..ke manakah duit-duit yang selebihnya kalau ada tu??

mungkin selepas ini UO perlu fikir semula tentang lokasi majlis graduasi..tak perlulah menyewa dewan yang sebegitu gah..graduan yang akan mengeluarkan fulus dan bukan anda ye pihak kolej..sedikit berhati perut la kan..

namun..benda dah lepas..janji sijil aku valid untuk digunakan..duit yang dah bayar tu..kira halal la kan...apa-apa tanggung sendiri kat akhirat..sekian :))






jubah kau cantik la sayang...tak perlu bersusah payah pakai pin peniti bagai..simple !







tahniah buat anda ye sayang..next year lagi sekali..
i'm proud of you <3<3

No comments: