Monday, November 4, 2013

KALAU BOSAN



Pernah tak rasa, bila kau rindu kan seseorang, tapi tak berbalas. Kau tak tahan sangat tanggung rindu tu. Kau jadi mati kutu. Kau pandang handphone. Kau putuskan untuk hantar mesej kepada yang berkenaan, mesej yang berbaur minta perhatian. Senyap. Kau tekan butang 'Home' semula. Kau pilih icon biru *facebook*, scroll dari mula sampai la ke status yang buat kau kata dalam hati " Eh, aku dah baca status ni 15 minit tadi". Ok bosan. Kau tekan butang 'Home' semula. Kau beralih pada icon camera *instagram*. Kau scroll, sampai la ke gambar yang buat kau kata dalam hati " Eh, aku dah tengok gambar ni 15 minit tadi ". Maka kau tekan semula butang 'Home'. Lalu kau buka icon bujur comel cute yang digelar 'POU'. Kau mandikan dia, kau bagi makan dia, kau main dengannya dan akhir sekali kau tidurkan dia. Kemudian kau tekan butang 'Home' semula.

Beberapa minit kemudian kau putuskan, ambil wudhu' lalu merintih padaNYA.

Di saat macam ni kau akan tahu bahawa kau tak boleh paksa sesiapa untuk dengar rintihan kau, sebab 'sesiapa' itu pun ntah sudi ntah tidak untuk mendengarnya. Hanya yang SATU, sentiasa ada bila-bila masa untuk mendengar luahan dan rintihan kau. Kau menangislah sepuas hati kau. :')


No comments: