Tuesday, February 28, 2012

sedikit pilu dalam gembira



kakak dah sedar..
kakak dah boleh cakap sikit-sikit..
kakak dah boleh nampak mak,abah,along,angah ngan adik..
kakak nak dengar lagu Shinee tapi takut nurse marah kalau letak handphone kat sebelah telingan dia..


tapi badan kakak panas..
macam demam..
mungkin demam terkejut lepas operation..
sampai saat ni aku tak tengok lagi bekas jahitan kakak..
mak cakap panjang..
sebab tu aku tak tengok..
tak sampai hati...


dah kata kan kakak kuat..
kakak kena kuat lebih lagi supaya cepat sembuh..
nanti boleh layan lagu Korea/citer Korea kat rumah lagi...
boleh jerit-jerit bila dapat tonton flaming Choi Minho (Shinee) dia tu..
:')



kakak kuat !!
sayang kakak...
:')

Sunday, February 26, 2012

pedih sakit

sayu hati pabila melihat adik sendiri menderita kesakitan..kalau sebelum ni :

kau benci adik kau?
kau rasa annoying dengan adik kau?
kau menyampah dengan adik kau?

tapi adik tetap adik..darah daging sendiri..kalau apa-apa terjadi pada darah daging sendiri..kau mesti akan turut rasa sakitnya kan..

dah dekat seminggu adik aku sakit..bermula hari rabu lepas..jam 3 pagi dia meraung kesakitan..mak aku tanya kenapa..dia cakap sakit perut..kami semua suspek gastrik sebab sebelum ni dia pernah tengah-tengah malam sakit perut sebab gastrik..tapi selalu lepas makan ubat dia terus sembuh..

tapi kenapa sejak rabu yang lalu..sakit perut dia tak hilang-hilang walaupun dah makan ubat..hantar pergi government hospital..doktor cakap kencing dia kotor..doktor bagi ubat and masuk air..doktor cakap lepas makan ubat and masuk air..dia dah okey..tapi malangnya tidak..malah tambah-tambah sakit..setiap minit..setiap masa dia meraung kesakitan..tak kira jam 2 pagi..3 pagi..4 pagi..

then mak abah decide bawak adikku berubat kampung..ternyata sakit yang ditanggung adikku bukan la gastrik yang kami sangka..adikku telah 'diserang' secara halus..katanya adikku telah 'diserang' dengan cara 'makhluk' tersebut menoreh perut adikku dari belakang..akibatnya perut adikku luka..mungkin itu yang menyebabkan perut dia sakit yang amat..then perut dia yang luka telah diubat dan ditutup secara perubatan kampung..tapi proses pemulihan tu akan menyebabkan adikku sekali lagi akan menanggung kesakitan..subahanallah...

kesian adikku..perut semakin mengeras..sakit tidak berkurangan..setiap masa adikku menyebut ALLAHUAKBAR bagi menenangkan kesakitan yang ditanggungnya..kami yang mendengarnya sedikit sebanyak merasakan kesakitan itu..dan setiap masa juga mak tak henti-henti menemani adikku dengan AYAT KURSI..

kami tak dapat nak memastikan kenapa semua ni terjadi kat dia..dia bukan seorang yang suka pergi ke tempat bukan-bukan..tempat dia adalah dirumah menghadap tv serta laptop kalau tidak bekerja..dari mana dia mendapatnya..ALLAHUA'LAM..mungkin ini satu dugaan buat kami sekeluarga..

doakan kesihatan adikku..
doakan keceriaan nya kembali semula..
doakan tawanya kembali semula..










kakak,
mak, abah, along, angah and adik doakan kakak cepat sembuh..
kami doakan kakak kuat untuk lawan sakit kakak..
T_T



************** UPDATE **************


result dari private hospital..
kakak punya usus bengkak..
kakak punya usus kena jangkitan kuman..
kakak punya darah putih naik..

ya Allah..sesungguhnya KAU tak menguji hambaMU diluar kemampuan ya Allah..
dugaan yang KAU beri ini mungkin untuk kami supaya kami lebih dekat denganMU ya Allah..
kami yakin kakak akan cepat sembuh
:')

Friday, February 17, 2012

pusat

sila tengok post aku yang sebelum-sebelum ni..update je mesti hari Rabu..sebab nya Rabu ada Wordless Wednesday..caranya gampang..cuma letak gambo je..dah kata aku pemalas kan...haha ~


situasi :

si A datang kat aku lalu pungpangpungpang cerita pasal si B..cerita macam-macam yang dia tak suka bebeno dengan si B..cerita buruk-buruk pasal si B...

kemudian....

si B datang kat aku lalu pungpangpungpang cerita pasal si A..cerita macam-macam yang dia tak suka bebeno dengan si A..cerita buruk-buruk pasal si A...



nampak perbezaan di situ?? siapa-siapa yang rasa sama tu memang ada masalah  dengan mata korang la kan..okey..situasi kat atas tu dah banyak kali aku face selama 23 tahun aku hidup..ewahhhhh..nak dijadikan cerita simple macam ni la eh...


aku jenis yang kawan je dengan semua orang..selagi orang tu baik dengan aku..aku pun baik je dengan diorang..kalau orang tu buat hal dengan aku..aku tak jadikan musuh..tapi aku malas nak layan dah..pi lantak sama hang..simple je..aku tak suka cari musuh..tapi kadang-kadang orang suka salah anggap kat aku..aku serius bukan jenis yang approach orang dulu..orang kena approach aku dulu sebab aku pemalu..serius!!!! tapi sejak-sejak dah dewasa ni..aku dah mula berani approach orang dulu..hehe..eh..apehal macam lari jauh dah ni..


berbalik pada situasi kat atas tu..aku yang kat tengah-tengah tu bukan bermaksud aku bersikap talam dua muka ye..aku yang kat tengah-tengah tu hanya mendengar , melayan dan melihat je si A dan B..aku takkan terus-terus percaya apa yang A dan B cakap..aku mesti nak tengok sendiri..kena sendiri...baru aku percaya..itu jenis aku..dan aku jugak tak memusuhi A dan B..aku baik je dengan A dan B..sebab mereka baik dengan aku..


sejak zaman sekolah..then zaman kolej..and now dah zaman kerja..aku masih lagi berada dalam situasi sebegini..aku lebih berminat menjadi pendengar dan melihat situasi yang berlaku..takde nya aku nak join kau benci dia..aku pun benci dia..tak de nya...except aku sendiri yang dah terkena..yeahhh !!



peace untuk A dan B
^^


dan kenapa aku letak post title begitu?? cuba tengok pusat korang..letak kat mana?? kat tengah-tengah badan korang kan?? pusat boleh tengok atas..boleh tengok bawah gak..selekeh? tak senonoh? kthanxbye :)




p/s : A dan B tak merujuk kepada orang yang khusus..ianya general kepada mereka yang ada disekeliling aku yang bersikap sedemikian..