Thursday, May 28, 2009

:: rokok ( part 2 ) ::

tahukah anda?????



ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK

  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

HUBUNGAN SEKS ANDA AKAN TERGANGGU

  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

FIKIRKANLAH TENTANG PASANGAN ANDA

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.
tambahan sendiri :
  • adakah anda(perokok) tau bahawa nafas anda sungguh berbau yakini busuk
  • adakah anda tau bahawa risiko yang anda hadapi jika anda merokok?adakah anda mahu hidup menderita dgn pelbagai penyakit?
  • tidakkah anda bodoh jika berfikir bahawa merokok adalah salah satu cara utk melepaskan stress dan menghilangkan rasa lapar?
  • tidakkah anda sayang pada orang di sekeliling anda kerana adakah anda tahu bahawa orang yang menghidu asap rokok berpeluang utk mati lebih cepat dr anda?
  • tidakkah anda takut melihat gejala penyakit yang anda hadapi bile melihat gambar yang terpampang di atas kotak rokok tersebut..
  • tidakkah anda berasa seksa dan bersalah apabila anda terbatuk2 sehinga mengganggu pendengaran orang lain?
dan disini saya berasa sungguh hairan mengapa tidak dihapuskan sahaja rokok dr dunia ini??
apekah 'function' nya meletakkan gambar gejala penyakit kanser di atas kotak rokok??

p.s : disini sy ingin memberitahu bahawa bukan lah niat saya untuk menyakitkan hati mana2 pihak..abah sy sendiri pn tak penah lekang dengan rokok..i'm sorry abah sbb slalu tego abah kasar2,buang rokok yang abah bru beli,membebel dpn abah..pcayelah..ini sume untuk kebaikan abah sendiri..

sekian..
=)

No comments: