Sunday, December 12, 2010

anda suka makan coklat ?







assalamualaikum...
jom kita cuci mata..
^_^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













haha..
amcam?? terasa nak pegi kedai runcit berdekatan untuk mendapat kan salah satu nya ??
daku bukan kejam ye nak menggoda korang sampai terliur dengan coklat-coklat ni sume..

daku suka makan coklat..tapi daku tengok brand jugak..ada brand daku tak boleh telan macam brand vochelle..rasa coklat die tak umphhh !! haha..

ramai berkata makan coklat boleh menggemukkan..eh? yeke? tapi daku takmo fikir la yang negatif..nak fikir yang positif je pasal coklat ni..eh..ingat tade kelebihan ke coklat ni? ada tawu..meh-meh daku share sikit apa die kebaikan coklat ni :

a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan

b) Membantu menguatkan hafalan

c) Membantu menajamkan mata dan minda

d) Membantu memulihkan keletihan saraf

e) Membantu menguatkan daya ingatan

f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

* Kardiovaskular ialah sejenis gangguan yang menyebabkan penyakit jantung

g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung

* Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak.

h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

i) Melambatkan proses penuaan

dan ini pulak serba sedikit tentang coklat yang daku petik dari COKLAT KISMIS DOA:

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.

Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.


lihat-lihat..ade jugak kebaikan coklat ni kan..tapi bukan bermakna korang boleh makan terlampau bnayak dalam sehari okey..kalau gitu memang boleh menggemukkan ye..dalam bercerita tentang coklat ni..daku teringat satu spesies brand coklat yang daku admire dengan rasa dan kenikmatannya...

.
.
.
.
.
.
.




tu diaaaa..
DAIM chocolate..
mane ade jual kat pasaraya biasa atau pasar borong biasa coklat ni..
kat Langkawi jek benda alah ni menimbun..
ada ide mana nak dapat coklat ni selain Langkawi???


menaip entry baru bertemankan ' Wall's Selection Cookies and Cream '
^_^



p/s : kalau lah Langkawi tu dekat macam dari batu pahat ke johor bahru..sebulan sekali daku borong coklat..ngahahaha :D

6 comments:

Izamir Ridzwan said...

nak ferrero roche 1

Nisha Ramlan said...

@Izamir Ridzwan
mintak kat awek hang..
haha
:)

yaya ASHRAF said...

nak coklaaaaaaaaaaaat. :((

Nisha Ramlan said...

@yaya ASHRAF
mintak kat abe yaya eh :)

Un Phat Lee said...

gua selalu tiap2 minggu mesti beli dua paket cokelat.he he he

Nisha Ramlan said...

@Un Phat Lee

adess..
apsal lu tak pos satu kat rumah wa skalik..
haha