Saturday, March 5, 2011

akhirnya dapat jugak aku memiliki benda merah itu....

ha apa apa apa ?????
apa benda merah tu?
aps yang aku excited sangat tu?
apa yang aku suka sangat dapat memiliki benda merah tu?














tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
aku akhirnya memiliki buku merah ni....










apa benda buku merah besaiz seperti buku hutang 555 ni?

bagi yang tak tahu dan tak pernah memilikinya..buku merah ni korang akan dapat bila korang MENDERMA DARAH...apa?? aku menderma darah?? yessss...akhirnya aku dapat jugak menderma darah..actually dah lama teringin nak menderma darah..tapi tak kesampaian..salah satu sebabnya aku takut kena cucuk [ alasan sedikit kebudak-budakan sikit ]..so khamis lepas company ada buat kempen menderma darah..ntah aura apa datang kat aku..aku dengan rela hati register nama aku..mungkin hidayah dah sampai kot..yelah..derma darah kan boleh membantu menghidupkan nyawa seseorang..

so..dengan perasaan berdebar-debar aku menuju ke hospital bersama officemate semua..akak-akak ngan apek-apek tu mula la takutkan aku..saiko gila-gila kat aku..hampeh betul..lagi la cuak aku..takpe2..tu semua tak mematahkan semangat aku untuk terus melakukan kebajikan [ ayat takleh blah ]..sampai hospital siyes tangan sejuk semacam..tambah lagi ngan aircond kuat dekat bilik BANK DARAH..isi borang pown tangan dah menggigil..lepas isi borang timbang berat badan pulak..cisss !!!! berat badan aku naik 2kg..hampeh !! then gi cek kepekatan darah..terkujat la sikit bila dia ketip jari tok amik darah..haha..alhamdulillah..pass..then gi cek tekanan darah pulak..pass jugak..then tiba masa yang aku rasa cuak gila..nurse tu suruh aku baring..dia ajak-ajak borak..alih-alih aku tengok jarum dah dicucuk kat lengan aku lepas tu darah dah laju mengalir dalam beg..ouh ye..untuk berat aku..aku layak menderma 300ml sahaja..okey la tuu..laju jek darah aku keluar..tak sampai setengan jam dah penuh satu beg..

lepas dah derma darah ni siyes aku rasa macam nak menderma darah lagi lepas ni..kalau korang nak tau..derma darah ni banyak kebaikan..selain dapat tolong mereka yang memerlukan..baik jugak untuk kesihatan korang..meh share sikit hadis yang menyokong perbuatan menderma darah ni [ ayat cam pelik je ] :

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.”( Al-Maidah: 32 )



sumber hadis ni aku dapat dekat satu blog masa aku blogwalking tadi..dia ada banyak share pasal menderma darah ni..kalau nak usha boleh pergi sini...

heh..aku punya darah tergolong dalam kumpulan A..orang cakap darah A ni senang dapat penyakit..no wonder la aku ni asek sakit je..demam la..batuk la..selsema la..resdung la..hurmmmm





gambar diatas sekadar hiasan..rasa macam tak lengkap entry aku kalau takde gambar makanan..ouh ya..aku taip entry ni sambil makan mende alah ni la ^_^




p/s : cepat la 19 march :)

2 comments:

aliza zeke said...

nak big apple tuuu!

Nisha Ramlan said...

@aliza
heh..
gi derma darah sana dulu..
t aku bagi..
haha