Friday, January 27, 2012

rainbow cake style kak joyah


sejak-sejak dah deactive facebook ni rajin pulak aku meng'hapdet' blog kan..maka post kali ni nak share resipi kek pelangi nan indah dengan geng-geng blogger semua..actually aku ni agak pemalas la nak dok pungpangpungpang kat dapur untuk menghasilkan satu objek yang boleh dimakan..haha..namun sejak-sejak dah meningkat usia..sejak-sejak dah matang..sejak-sejak dah pandai bercinta dengan lebih serius (ni point sebenar)..maka ikhlas serta rela aku merajinkan diri sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang boleh buat kekanda impress la kononnya..ngehngehngeh..

takat masak-masak lauk basic dah selalu dah bagi dia impress..kahkahkahkihkihkuihkuih..tapi kali ni terasa nak buat something yang lagi mencabar..eh kau ingat buat kek tak mencabar ke? kalau dah kurang tepung la..kurang telur la..kurang garam la (eh..ade ke??)..memang akan ke laut la kek yang korang buat tu..sebab tu dari dulu kalau tak ye memang aku tak berani nak buat kek-kek bagai ni..except kek choc la..ngan kek lapis cheese..yang dua ni memang aku hebat...kahkahkahkihkihkih (gelak bangga lagi)


meh try try buat kek ikut resipi aku meh : 


tapi sebelum tu korang jgn la bayangkan yang kek aku jadi lawa serta indah macam kek atas ni eh..haha



Bahan-bahan :

 1. 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
2. 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus ( nak guna gula kastor pun takpe )
3. 5 biji telur ayam (gred B)
4. 250gm butter
5. 550gm buttercream readymade (kau gi kedai kek..kau cakap nak buttercream je..nanti tau la rupa dia macam mana ye)
6. Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
7. 2 sudu kecil esen vanilla
8. 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana ckup untuk buat susu pekat tu jadi cair sikit (function susu pekat ni untuk buat kek jadi lebih moist)
9. Sprinkle Star/Beads/ sebagai hiasan pada cream kek


Cara-cara : 

1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. 
5. Masukkan  susu + air.
6. Bila adunan dah sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. 


   Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
7. Bila dah habis gaul semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.Bakar satu persatu adunan mengikut warna. (loyang yang dicadangkan adalah loyang yang bersaiz kecil..sebab kuantiti adunan tu tak banyak pun bila dah dibahagi 6)
8. Bakar adunan selama 15 minit pada suhu 140°c. 
9. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.


10. Pukul buttercream sampai kembang supaya korang boleh salut buttercream tu dekat kek. 
11. Sapu buttercream di setiap lapis kek supaya kek melekat.
12. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.



dan hasil yang aku dah berjaya buat :


TADAAAAAA !!!!


topping agak tebal di atas sekali sebab tak nak membazir buttercream..mahal dowhhh..tu la..masa nak lapis-lapis tu takut gila tak cukup untuk buat topping for the whole cake kan..last-last..antara lapis-lapis tu sayup-sayup je nampak buttercream tu..atas pulak yang over..


aku buat dua version..buttercream topping and choc topping..resipi yang kat atas tu untuk sebiji kek ye..kalau rasa tamak nak buat dua topping macam aku..maka korang kena double kan je amount bahan-bahan tu okey..



cadangan :
makan kek ni dengan ice-cream vanila..kompem leh habis sekali 2 potong setiap 4 jam..kahkahkah




sekian.Terima Kasih

6 comments:

Cik Yatt said...

tak prnh rse kek rainbow..buatkan..hee

gadiest ❤ said...

sedapnyer!!
boleyh la tempah nnt..
nisya.try la red velvet cake plak..
nak try buat.tp takut xjd..

Nisha Ramlan said...

@Cik Yatt
rasa dia lebih kurang je ngan kek marble la awk..cuma ni lebih moist sikit..hehe
try la buat awak..seronok
^^

Nisha Ramlan said...

@gadiest ❤
hehe..
red velvet ek? teringin jugak nak try..
tapi red velvet mesti kena ada kacang la awk...
kite tak suka kacang ekceli..hikhik..
tapi nanti nak try wat gak..
replace kacang ngan kuaci..boleh gitu??
hikhik

sy!ka said...

kak nisha: kite nk cube la, boleh x..hehe..cmne nk wt topping cokelat tu??

Anonymous said...

awak share resepi kat myresepi jugak ke ? sebijik. hehe. btw, memang nak sangat try. rainbow cake cantek ! :D